Alicia Amin Sokong Pendirian Bapa, Buka UiTM ‘Sementara’ Untuk Bukan Bumiputera

Entertainment
30 Apr 2024 • 5:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Model serta pelakon terkenal, Alicia Amin baru-baru ini mempertahankan kenyataan bapanya Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar yang mencadangkan agar Universiti Tekonologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua termasuk bukan bumiputera.

Bapanya yang juga seorang pengamal perubatan itu cakna dengan kekurangan doktor dan jururawat di pusat kesihatan kerajaan yang menjadi masalah negara kebelakangan ini.

@hibglam.com.my

Alicia, 29, berkata, bapanya sebagai pengamal perubatan cakna tentang kekurangan doktor dan jururawat di pusat kesihatan kerajaan yang menjadi masalah negara mutakhir ini. “Bapa saya bukan seorang yang rasis. Beliau percaya dengan peluang sama rata. “Sesuatu benda itu memperjuangkan siapa-siapa (tanpa mengenal warna kulit atau kaum), itu yang beliau perjuangkan. Malaysia perlukan doktor yang mencukupi sekarang ini,” ujarnya. MOHD. HAIKAL ISA #fyp #hibglam #uitm #uitmdihatiku

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

“Bapa saya bukan seorang yang rasis. Beliau percaya dengan peluang sama rata.

Sesuatu benda itu memperjuangkan siapa-siapa (tanpa mengenal warna kulit atau kaum), itu yang beliau perjuangkan. Malaysia perlukan doktor yang mencukupi sekarang ini.

Bapa saya faham perlembagaan negara macam mana. Kenapa UiTM itu ditubuhkan, kenapa klausa atau peruntukan perlembagaan itu wujud untuk melindungi hak Bumiputera. Bapa saya faham semua itu, dan beliau ada idealoginya yang tersendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Alicia yang juga pelakon drama Perempuan Itu turut berkongsi bapanya hanya menjalankan tugas sebagai seorang doktor perubatan yang bertanggungjawab menyelamatkan nyawa tanpa mengenal perbezaan kaum, warna kulit atau fahaman politik.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.