Alienware M17 R5 Diperkenalkan – Hadir Dengan Gabungan Komponen AMD Dan NVIDIA, Paparan 480Hz

TechnologyDigital
20 Jul 2022 • 1:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jika anda seorang gamer tegar, anda pastinya mengenali jenama komputer gaming Alienware keluaran Dell. Terkini, mereka telah memperkenalkan komputer riba gaming terbaru mereka, iaitu Alienware M17 R5 yang dikuasakan oleh gabungan komponen terbaru AMD dan NVIDIA.

image is not available

Bermula dengan paparan skrin, Alienware M17 R5 ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 17.3 inci dengan resolusi Full HD dengan kadar segar semula setinggi 480Hz, ataupun resolusi 4K dengan kadar segar semula 120Hz.

image is not available

Alienware M17 R5 ini juga dikuasakan oleh dua daripada cip pemprosesan berkuasa dari AMD, iaitu AMD Ryzen 7 6800H ataupun AMD Ryzen 9 6900HX dengan pilihan memori sehingga 64GB dan juga pilihan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 4TB.

image is not available

Komputer riba ini juga memperlihatkan pilihan kad grafik yang cukup banyak sekali. Dari NVIDIA, ia dilihat hadir dengan pilihan dari NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti sehinggalah NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti, manakala dari AMD, ia hadir dengan pilihan AMD Radeon RX 6700M dan AMD Radeon RX 6850M.

image is not available

Dari segi penawaran teknologi lain, komputer riba ini hadir dengan sokongan teknologi paparan NVIDIA G-Sync dan juga AMD FreeSync, bersama-sama dengan teknologi anti cahaya biru ComfortView Plus dan juga Dolby Vision dan boleh memaparkan kandungan HDR.

image is not available

Alienware M17 R5 kini sudah mula ditawarkan di beberapa pasaran terpilih pada harga permulaan $1849.