Kemaskini Dell G16 Memperlihatkan Paparan 16 Inci Dalam Rangka Komputer Riba 15 Inci

TechnologyDigital
20 Jul 2022 • 3:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disamping komputer riba Alienware yang baru, Dell juga telah mengemaskini sebuah lagi komputer riba gaming mereka, iaitu Dell G16 yang hadir dengan rekaan yang biasa, tetapi mempunyai spesifikasi yang agak berkuasa.

image is not available

Salah satu keunikan Dell G16 terbaru ini hadir melalui paparan skrin yang digunakan. Ia menggunakan panel IPS dengan resolusi QHD+ (2560×1600) dengan kadar segar semula 165Hz yang juga mempunyai nisbah bingkai 16:10. Penggunaan paparan ini membolehkan komputer riba ini menggunakan panel 16 inci dalam rangka sebuah komputer riba bersaiz 15 inci.

image is not available

Komputer riba ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-12700H, pilihan memori DDR5 sehingga 32GB dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB. Model asas komputer riba ini hadir dengan pilihan NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti, dan untuk model yang lebih mahal, Dell menawarkan penggunaan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti.

image is not available

Menariknya, model asas Dell G16 ini tidak hadir dengan sokongan untuk teknologi penghantaran data Thunderbolt 4, dan hanya ditawarkan pada model yang lebih mahal. Rekaan komputer riba ini juga dilihat lebih minimalis dan tidak begitu menjolok mata, mengikuti trend orang ramai yang lebih menggemarkan corak yang kurang menonjol.

image is not available

Dell G16 dengan cip pemprosesan Intel Alder Lake ini dijangka akan ditawarkan pada beberapa pasaran terpilih terlebih dahulu bermula 21 Julai pada harga permulaan $1399.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved