
Sebelum ini tular dakwaan yang tak betul dimana Alif Satar and The Locos (ASTL) membuat persembahan di sebuah gereja di London. Nampak sangat ada pihak yang dengki dan cuba jatuhkan Alif!
Terbaru! Menurut laporan mStar, penyanyi itu akhirnya perjelaskan yang tempat mereka lakukan konsert, St. John Hyde Park adalah sebuah gereja lama yang kini sudah ditukarkan kepada dewan komuniti. Sebarang lambang keagamaan juga langsung tiada di situ!
Pada awalnya, Alif akui yang dia pun rasa ragu-ragu untuk membuat persembahan di situ sebelum dapat kepastian dari pihak penganjur yang juga rakyat Malaysia di sana.
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
Sebenarnya saya agak ragu-ragu pada awalnya tetapi bila pihak penganjur yang juga orang Malaysia sudah jelaskan, buat saya yakin dengan lokasi tersebut.
Saya sendiri turut meminta nasihat dengan ustaz saya sendiri yang turut mengikuti rombongan kami ke London.
Sebelum ini, kawan kepada Alif iaitu Zaidan Zainuddin juga memberikan penjelasan penuh di Instagram tentang lokasi berkenaan.

Kredit: mStar



