Alif Teega & Aisyah Hijanah bawa isu ke mahkamah, enggan terlibat aktiviti derma lagi

2 Jul 2024 • 7:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aisyah Hijanah bawa isu ke mahkamah

Pasangan selebriti, Aliff Teega dan Aisyah Hijanah bawa isu ke mahkamah susulan kes yang mengaitkan nama mereka dengan tuduhan serta fitnah yang berleluasa sejak kebelakangan ini

Keluar kenyataan rasmi

Menerusi hantaran di Instagram pempengaruh berkenaan, mereka telah mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu sudah berhubung dengan peguam mereka dan menyertakan sekali bukti-bukti berkenaan tuduhan mengatakan mereka menyeleweng derma serta menerima komisen sebanyak 20% daripada kutipan sumbangan.

image is not available

Aisyah Hijanah bawa isu ke mahkamah, nafi seleweng derma

Aisyah dalam hantarannya menafikan bahawa terlibat dalam isu penyelewengan serta pecah amanah serta akaun Facebook menggunakan namanya juga adalah palsu.

Ujarnya, dia memandangk serius kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh sesetengah pihak berdasarkan sumber-sumber yang dinyatakan dan akan mengambil tindakan terhadap mereka.

“Saya juga memandang serius apa kenyataan yg telah diberikan oleh beberapa individu yg saya kenalpasti berdasarkan source yg dikeluarkan oleh page berkenaan & tindakan akan diambil ke atas mereka.

“Tiada lagi sebarang respond setelah ini. We do it professionally,” tulisnya di akhir perkongsian.

image is not available

Aisyah Hijanah bawa isu ke mahkamah, Alif enggan terlibat aktiviti derma lagi

Dalam pada itu, Alif Teega pula telah berkongsi video momen-momen sewaktu menyertai misi bantuan bersama isteri dan mengatakan selepas ini tidak akan terlibat lagi dalam aktiviti-aktiviti tersebut secara langsung.

Dia meminta orang ramai mencari pihak-pihak yang berkaitan untuk melakukan misi bantuan dan tidak melibatkan mereka dalam urusan tersebut lagi.

image is not available

Terdahulu, Alif Teega dan Aisyah Hijanah telah dituduh satu akaun Facebook dengan mengatakan pasangan pempengaruh berkenaan melakukan penyelewengan derma.

Perkara tersebut telah dijawab oleh Aisyah yang ketika itu dalam perjalanan mengerjakan haji.

Dia yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan menyatakan akan menyelesaikan hal tersebut selepas pulang dari menyelesaikan rukun Islam ke-5.

Sumber: Instagram alifteega, aisyahhijanah