“Muka kami digunakan tanpa consent” – Alif Teega Nafi Aisyah Hijanah Terlibat Isu Komisyen Derma 20%

Entertainment
1 Jul 2024 • 10:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas lama berdiam diri, pempengaruh media sosial Aliff Teega akhirnya bersuara bagi menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada dia dan isterinya, Aisyah Hijanah berkaitan komisyen derma demi kepentingan peribadi.

Nafi seleweng derma

Jelas Alif menerusi satu hantaran di Instagram, dia menegaskan bahawa dia dan Aisyah tidak terlibat langsung dalam menerima komisyen sebanyak 20% seperti yang didakwa oleh beberapa pihak berhubung kutipan derma menerusi satu platform.

Menurut Alif, dia dan isteri hanya membantu satu badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan dana.

“Dan hari ni, sekali lagi saya bagitahu, saya dan Aisyah tak pernah terlibat dengan komisyen 20% dari sumbangan atau derma dari jomdonate.

“Apa yang sampai akan terus sahaja dimanfaat dan digunakan sebaiknya pada penerima yang memerlukan,” ujarnya.

Walaupun tidak memberikan penjelasan secara menyeluruh, Alif mendakwa fitnah yang tersebar dibuat tanpa usul periksa dan memohon agar tidak memburukkan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Dia juga turut mempersoalkan tindakan pihak terbabit sehingga telah membuatkan orang ramai mempercayai bahawa mereka terlibat dengan isu tersebut.

Malah, dia juga kesal dengan pihak kutipan derma kerana wajah mereka digunakan tanpa kebenaran dan mendakwa mungkin tawaran itu diberikan kepada influencer lain.

Berkaitan tentang dakwaan kutipan derma madrasah, Alif menyatakan isu terbabit sudah pun diselesaikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Jelas Alif lagi, atas nasihat daripada peguam dilantik, dia hanya akan bentangkan kepada pihak autoriti untuk memeriksa segala dokumen yang berkaitan dengan sumbangan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.