Alif Teega Setuju Serah Aset 100% - “Aisyah Dah Jalankan Tanggungjawab Isteri Dengan Sangat Baik

27 Dec 2023 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial, Alif Teega memaklumkan dia sendiri bersetuju untuk menyerahkan 100 peratus harta sepencarian kepada isteri pertamanya, Aisyah Hijanah.
 
Menurut Alif, dia akan membantu Aisyah dan memberikan sokongan terhadap isterinya untuk memajukan lagu syarikat perniagaan yang diusahakannya.
 
“Bismillah, tujuan posting ini adalah untuk sampaikan khabar berita dan moga menjadi manfaat kebaikan buat kalian semua.
 
“Alhamdulillah, haza min fadhli Rabbi. Alif buat keputusan untuk memindahkan segala aset dan harta sepencarian sepanjang perkahwinan Alif dan Aisyah.
 
“Alif pindahkan semuanya atas nama Aisyah. 100% buat Aisyah. Syarikat @hijanahofficial rumah, kereta dan lain-lain semuanya atas nama Aisyah.
 
“Insya-Allah, Alif akan sedaya upaya bantu dibelakang. Usaha sehabis baik untuk terus majukan @hijanahofficial guide Aisyah untuk terus bawa Hijanah kedepan lagi. Dan Alif yakin Aisyah mampu untuk lead Hijanah sepenuhnya,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)














image is not available