Aliff Aziz sertai tabligh lagi, ustaz mohon doakan yang baik-baik

LocalEntertainment
7 Aug 2024 • 3:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Selebriti sensasi, Aliff Aziz sertai tabligh lagi apabila dilihat keluar selama tiga hari mengikuti jemaah bagi sama-sama men dalami ilmu agama.

Menerusi perkongsian seorang individu dikenali sebagai Ustaz Haji Taufik di TikTok, dia telah memuat naik gambar bersama penyanyi dan pelakon itu dengan menunjukkan jari telunjuk membawa maksud Allah yang satu.

image is not available

Aliff Aziz sertai tabligh lagi, keluar selama tiga hari

Dalam hantaran yang dibuat di TikTok itu, Ustaz Haji Taufik atau lebih dikenali sebagai Ustaz UT, dia berharap orang ramai dapat berfikir, mendoakan yang baik-baik agar pengakhirannya akan menjadi baik juga.

Dia turut berkongsi pesanan yang pernah dinyatakan alim ulama berkenaan dunia ini tiada orang jahat melainkan mereka-mereka yang tersalah memilih suasana.

“Ulama beritahu: Hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya, tetapi mereka yang tersalah memilih suasana,” tulisnya.

image is not available

Aliff Aziz sertai tabligh lagi, makan bersama para jemaah

Dalam perkongsian yang lain, Aliff Aziz juga dilihat makan bersama jemaah-jemaah yang lain di dalam satu dulang yang sama.

Kapsyen yang dinyatakan turut meminta supaya tidak menghakimi seseorang hanya melalui apa yang didengar sebelum ini.

“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum atas manusia hanya dengan telinga?” tulisnya.

image is not available

Drama siri keberapa pulak ni?

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila ada diantara mereka merasakan apa yang dilakukan oleh Aliff sebagai ‘wayang’ sahaja.

image is not available

Memang banyak ujian nak berubah

Namun begitu, ramai memilih untuk mendoakan yang terbaik buat pelakon drama Terjerat berkenaan supaya istiqomah dan tidak tergoda dengan perkara-perkara yang boleh membawanya ke arah kontroversi semula.

image is not available

Semoga Aliff dilindungi oleh Allah

image is not available

Dunia ni hanya sementara

image is not available

Terdahulu, nama Aliff Aziz telah menjadi topik utama perbualan sejak Mac lalu susulan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon drama terkenal, Ruhainies.

Selepas hal tersebut, bekas isterinya, Bella Astillah telah menfailkan penceraian dan sah berpisah talak satu pada pertengahan Jun.

Dia yang dilihat banyak menghabiskan masa di Singapura memilih menyepikan diri usai pelbagai kontroversi melibatkan kehidupan peribadinya, lebih-lebih lagi berkenaan kecurangan sewaktu masih bergelar suami kepada Bella.

Sumber: TikTok Ustaz Haji Taufik