Aliff sedia hadapi Prajanchai

20 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aliff sedia hadapi Prajanchai

JAGUH muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sudah bersedia untuk berdepan juara dunia Thailand, Prajanchai Pongsuphan PK dalam pertembungan strawweight ONE Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok, 18 Disember ini.

Aliff mengakui dia perlu melakukan persiapan terbaik kerana sedar bahawa Prajanchai turun dengan misi berbeza biarpun jaguh Thailand berusia 32 tahun itu berdepan dua kekalahan berturut-turut dalam disiplin kickboxing sebelum ini.

Menurut Aliff, tempoh dua bulan sebelum pertarungan itu memberi ruang buat Prajanchai memperkemaskan persiapan dan kembali mendapatkan rentak terbaik menerusi latihan yang konsisten.

“Saya rasa dia sudah lama tidak bertarung. Situasi itu sama seperti saya sebelum menentang Sam-A Gaiyanghadao apabila saya tidak beraksi selama tujuh atau lapan bulan.

“Saya percaya Prajanchai akan berada dalam keadaan lebih baik apabila kami bertemu nanti kerana dia akan menjalani latihan secara konsisten.

“Saya sudah bersedia untuk menentangnya. Saya sudah lama menunggu pertarungan ini dan berharap kami akhirnya dapat merealisasikannya,” katanya kepada ONE Championship.

Prajanchai mengalami kekalahan menerusi keputusan sebulat suara kepada Jonathan Di Bella dalam pertarungan kickboxing pada ONE Fight Night 36, Oktober 2025, sebelum tewas sekali lagi kepada Wang Jun Guang menerusi keputusan sebulat suara pada 16 Oktober lalu.

Aliff pula hadir dengan momentum enam kemenangan berturut-turut, termasuk kejayaan menewaskan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao menerusi knockout (KO) pada Julai lalu untuk merangkul gelaran dunia interim.

Kemenangan itu membuka laluan buat Aliff mencabar Prajanchai sekali gus memberinya peluang membuktikan keupayaan bersaing pada tahap tertinggi.

The post Aliff sedia hadapi Prajanchai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved