Aliff Syukri Dalam Usaha Untuk Cipta Malaysia Book of Records – “Sekarang Ini Yang Pegang Rekod Adalah Pempengaruh Terkenal…”

LocalEntertainment
28 Jul 2025 • 3:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dijangka bakal mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi ‘Kutipan Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’ yang dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos nanti.

Kata usahawan berusia 38 tahun itu, dia berasa gementar namun pada masa yang sama mahu bersaing secara sihat untuk merebut tahta tersebut serta memohon orang ramai mendoakannya.

Difahamkan, rekod berkenaan ketika ini dipegang oleh seorang ‘content creator’ terkenal yang juga merupakan usahawan berjaya, Khairulaming.

Saya sangat gementar bila memasuki Malaysia Book of Records kerana tidak ada unsur tipu-tipu boleh berlaku.

image is not available

 

Sedekah sebahagian hasil jualan

Aliff, dia mahu berkongsi rezeki dan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan pada hari tersebut kepada rumah anak-anak yatim.

Saya juga bernazar sekiranya dapat mencipta rekod Malaysia tersebut, saya akan mengagihkan sebahagian hasil jualan tersebut ke rumah anak yatim yang terpilih bagi berkongsi rezeki.

Anak kepada usahawan terkenal Bonda Rozita itu juga berharap agar rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan kepadanya agar dia dapat mencipta nama sebagai pengeluar bag tempatan yang terlaris di Malaysia.

image is not available 2025-07-28 11:08:43

"Sebelum Aku Maki Hamun, Pergi! Kalau Tak Ikhlas Tak Payah!" - Aliff Syukri Marah Anak Mengadu Letih Buat 'Live', Cetus Pelbagai Pendapat