“Syirik Main Bomoh Tapi..” – Aliff Syukri Akui Ada Pendinding Bagi Lariskan Bisnes

LocalBusiness & Finance
26 Jul 2025 • 9:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam satu temubual bersama media, Datuk Aliff Syukri mendedahkan bahawa masih ada segelintir usahawan zaman kini yang bergantung kepada khidmat bomoh untuk melariskan jualan mereka.

Katanya, ramai bertanya bomoh mana yang digunakannya kerana perniagaannya kekal berjaya, namun dia menegaskan tidak pernah menggunakan bomoh kerana itu perbuatan syirik.

Menurutnya, ada yang tidak percaya dan menuduhnya menipu kerana bisnesnya bertahan lama.

Aliff mengakui pernah terfikir untuk mencuba kerana tergoda melihat kejayaan pantas sesetengah perniagaan, namun membatalkan niat tersebut,

Tapi jangan risau, saya tak buat pun sebab takut tiba-tiba esok atau lusa mati, macam mana?

Lelaki itu juga menyatakan bahawa dunia perniagaan penuh dengan helah, termasuk penggunaan bomoh untuk menarik perhatian pelanggan. Ada peniaga yang baru setahun sudah mampu beli kereta dan rumah mewah, mungkin kerana guna bomoh atau menipu.

Bagi melindungi diri, Aliff mengamalkan bacaan ayat al-Quran dan selawat sebelum bersiaran langsung serta berhati-hati menerima makanan atau minuman dari orang tidak dikenali.

image is not available 2025-07-25 14:28:54

Keadaan Bekas Anak Angkat Aliff Syukri Jadi Tanda Tanya, Netizen Dakwa Ibu Kandung Scammer?