Aliff Syukri kongsi duit raya, netizen persoal -“RM150 je ke?”

4 Apr 2024 • 12:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aliff Syukri kongsi duit raya

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kongsi duit raya bersama pekerjanya telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dipercayai staf Aliff Syukri di laman TikToknya, kelihatan usahawan yang berusia 37 tahun itu sedang mengedarkan sejumlah wang kepada pekerjanya.

Aliff Syukri kongsi duit raya

Dalam video tersebut, ramai yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Aliff Syukri kerana bermurah hati memberikan RM150 kepada pekerjanya bagi menyambut perayaan.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 60,000 tontonan selepas beberapa jam dimuat naik dalam aplikasi tersebut.

Aliff Syukri kongsi duit raya

image is not available

RM150 je ke datuk?

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang mempersoalkan jumlah duit raya yang diberikan oleh Aliff Syukri memandangkan dia adalah seorang usahawan yang berjaya.

image is not available image is not available

Netizen bandingkan Aliff Syukri dan Khairul Aming

Bukan itu sahaja, ada juga netizen bertindak membandingkan Aliff Syukri bersama influencer dan usahawan popular, Khairul Aming yang memberikan sejumlah bonus raya ‘berkepuk’ kepada pekerja.

Bagaimanapun, netizen meminta kepada orang ramai supaya berfikiran positif dan mendakwa RM150 adalah pemberian untuk duit raya dan bukan bonus raya.

image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @harith.che