Aliff Syukri luah syukur, diiktiraf penyumbang zakat tertinggi di Selangor setiap tahun

LocalFood
1 May 2025 • 5:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aliff Syukri luah syukur

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri luah syukur apabila diiktiraf sebagai antara penyumbang zakat tertinggi pada setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman tidak menyangka impiannya untuk membantu golongan memerlukan tercapai, selaras dengan tanggungjawab sosial yang digalasnya sebagai usahawan Muslim.

Aliff Syukri luah syukur

image is not available

“Syukur alhamdulillah kami diberi pengiktirafan khas antara penyumbang zakat tertinggi di Selangor setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor.

“Satu lagi anugerah dari pusat zakat selangor inilah impian kami nak bantu orang lain terutamanya mereka yang kurang berkemampuan,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, bapa kepada enam orang cahaya mata itu menganggap kejayaan tersebut tak akan dapat digenggam tanpa sokongan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang telah menjadi tulang belakangnya sepanjang menjalankan perniagaan.

Aliff Syukri luah syukur

image is not available

“Mula-mula isteri saya taknak naik pentas. Saya paksa jugak sebab bagi saya kejayaan yang saya kecapi sekarang ini tidak bermakna tanpa dia.

“Shahida bukan sekadar isteri tapi rakan susah senang saya, tulang belakang saya untuk kami berjaya sama sama,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff menzahirkan ucapan penghargaan kepada orang ramai yang telah menyokongnya dan berharap akan terus dapat berbakti kepada masyarakat.

“Terima kasih kerana menyokong kami dengan membeli barangan kami. Hasil sokongan anda semua lah saya mampu menyumbang zakat dari hasil jualan kami. Semoga kami terus diberikan kesihatan untuk membantu golongan asnaf,” tambahnya lagi.

Rakan artis ucap tahniah

Khabar baik tersebut turut mendapat perhatian ramai rakan artis yang membanjiri ruangan komen di media sosial dengan ucapan tahniah selain menyifatkan pencapaian itu sebagai satu contoh terbaik dalam menggunakan rezeki untuk manfaat ummah.

image is not available

Mahu sokong perniagaan Aliff

Dalam pada itu, netizen menyatakan hasrat untuk terus menyokong perniagaan Aliff Syukri sebagai tanda penghargaan atas sikap dermawan dan sumbangannya kepada masyarakat.

image is not availableimage is not available

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklar