Hadiahkan Barang Kemas RM1.5 Juta Buat Isteri, Aliff Syukri Dipuji Jadi Suami Contoh - “Habiskan Duit Untuk Anak Bini Daripada Bagi Orang Pinjam”

23 Apr 2025 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida meluahkan rasa syukur apabila menerima hadiah istimewa yang merupakan barang kemas daripada suaminya.

Syukur dapat hadiah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pasangan suami isteri itu dilihat berada di sebuah kedai barangan emas dan apa yang menarik perhatian adalah jumlah hadiah dibeli bernilai RM1.5 juta.

 

“Syukur hari ini, tidak tahu apa mimpi Aliff Syukri nak belikan barang kemas,” kongsinya.

 

Dalam pada itu, Aliff sempat berseloroh dengan mengatakan isterinya itu bukan seorang ‘mak cik’ sebaliknya mempunyai status ‘Datin Seri’.

 

“Isteri saya Datin Seri, bukan mak cik. Ini semua aset kita, ambil saja,” katanya.

 

Rata-rata netizen memuji sikap Aliff yang tidak kedekut dengan isteri malah sepatutnya dijadikan contoh buat pada suami.

“Habiskan duit untuk anak bini daripada bagi orang pinjam duit. Terjamin sikit masa depan.

 

“Dia yang peluk isteri dia, aku yang dekat sini yang senyum sampai telinga. Suka tengok pasangan ini, real tak nampak fake. Lepas itu mereka hidup dalam circle mereka saja. Semoga terus bahagia hingga ke syurga.

 

“Tak main-main wey 1.5 juta dia. Murah rezeki betul. Semoga kaya dunia akhirat Datuk dan Datin,” komen beberapa netizen.