Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar

22 Oct 2022 • 10:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 9.30 malam tadi, menjelang perayaan Deepavali Isnin ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain terkawal termasuk di lokasi sekitar plaza tol.

Katanya hanya aliran trafik arah selatan dari Pedas Linggi ke Simpang Empat dan Kulai ke Senai masih perlahan.

Menurutnya aliran trafik lancar berikutan orang ramai sudah memulakan perjalanan sejak semalam hingga petang tadi, dan keadaan trafik lancar dan terkawal itu dijangka berterusan hingga esok.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter melalui www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved