
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat 2.30 petang ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Deepavali Isnin ini.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik perlahan dari Senai menghala Pulai, Jasin ke Ayer Keroh, Port Dickson ke Senawang, Putra Mahkota ke Seremban dan Seremban ke Port Dickson.
Menurutnya, bagi arah utara negara, aliran trafik perlahan di Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Gopeng menghala Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Bandar Baru ke Jawi.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan sejauh 14 kilometer masing-masing dari Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Bentong.
Bagaimanapun, katanya aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 pula setakat ini masih lancar.
Sumber: Bernama
The post Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Petang Ini appeared first on Siakap Keli.
