Aliran Trafik Di Lebuh Raya Bergerak Lancar.

16 Feb 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Walaupun esok sudah bermula sesi persekolahan namun aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak lancar.

Ini bermakna golongan ibu bapa sudah membuat perancangan awal dengan membawa anak-anak pulang dari kampung, lebih awal.

Plus Malaysia Berhad (PLUS) dalam aplikasi X melaporkan, trafik di Kilometer (KM) 182.3 arah Selatan dari Ayer Keroh ke Jasin, Melaka bergerak lancar.

Aliran trafik di KM299.4 arah Utara dari Bangi ke Kajang, Selangor juga lancar, manakala KM258.5 arah Utara dari Senawang ke Seremban, Negeri Sembilan bergerak perlahan kerana kemalangan namun tiada lorong terhalang.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan juga bergerak lancar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved