Aliran trafik ke Pantai Timur mula perlahan, “Baru lepas Tol Gombak dah sangkut…”

14 Jun 2024 • 10:42 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Trafik dari ibu negara menuju ke arah Pantai Timur mula perlahan berikutan pertambahan pergerakan keluar warga kota bagi meraikan perayaan Aidiladha di kampung halaman.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi ciapan di X memaklumkan, trafik mula perlahan dari Plaza Tol Gombak hingga Kilometer (km) 26.4 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini setakat jam 9 malam ini.

Trafik turut perlahan dari Km 28.3 hingga Km 40.9 dari Gombak ke Bukit Tinggi dan dari Km 43.3 hingga Km 54.7 Bukit Tinggi ke Lentang dari Bukit Tinggi menuju Lentang.

Pertambahan kenderaan turut dilaporkan di Km 122.5 hingga Km123 dari Lanchang ke Temerloh di LPT 1.

Aliran trafik perlahan berikutan pertambahan lalu lintas di laluan kontra ‘mitigasi banjir’ di laluan berkenaan.

Sementara itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman ‘sangkut’ beberapa jam di lebuh raya berkenaan di media sosial.

“Plaza Tol Gombak ke Plaza Tol Bentong dua jam,” kata Syieda.

“Meriah jem,” kata Ah Mrkhaz.

“Baru lepas Plaza Tol Gombak dah sangkut. Kenapa semua nak balik kampung time (waktu) sama ni,” kata Ahmadsafuan. – 4 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved