Aliran Trafik Lancar Di Beberapa Lebuh Raya Menghala Keluar Dari Lembah Klang

29 Jun 2023 • 10:11 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan hanya berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Tapah menghala ke Gopeng, Perak - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang lancar setakat pukul 8.30 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan hanya berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Tapah menghala ke Gopeng, Perak.

"Lain-lain laluan seperti lebuh raya menghala ke pantai timur antaranya Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 berada dalam keadaan lancar dan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jurucakap berkenaan menasihatkan orang ramai agar mematuhi cadangan jadual perjalanan balik kampung yang dikeluarkan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved