Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya menghala keluar dari Lembah Klang

29 Jun 2023 • 10:32 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang lancar setakat pukul 8.30 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan hanya berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Tapah menghala ke Gopeng, Perak.

“Lain-lain laluan seperti lebuh raya menghala ke pantai timur antaranya Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 berada dalam keadaan lancar dan terkawal,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jurucakap berkenaan menasihatkan orang ramai agar mematuhi cadangan jadual perjalanan balik kampung yang dikeluarkan. -Bernama