Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini

24 Apr 2023 • 10:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama keseluruhannya masih lancar setakat 9 pagi ini pada hari ketiga sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, pihaknya menjangkakan bilangan kenderaan akan bertambah menjelang tengah hari berikutan cuti umum sempena perayaan Aidilfitri berakhir pada Isnin.

LLM memaklumkan setakat ini hanya ada satu kemalangan melibatkan kereta terbabas di kilometer (KM) 291.3 arah selatan dari Simpang Pulai ke Gopeng, namun tiada lorong terhalang dan aliran trafik terkawal.

Sementara itu, PLUS menerusi ciapan di akaun Twitter turut memaklumkan terdapat lori rosak di KM79.5 arah selatan dari Pendang ke Gurun yang menyebabkan lorong kiri ditutup, bagaimanapun keadaan trafik lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved