Aliran Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama Petang Ini

20 Mar 2026 • 6:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Aliran Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama Petang Ini

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar petang ini selepas sebahagian besar warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing lebih awal sempena cuti Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata tinjauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aliran trafik di arah utara, selatan dan Pantai Timur dalam keadaan terkawal.

“Hanya terdapat sedikit kepadatan kenderaan dikesan di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban menghala ke arah Bandar Ainsdale, namun ia tidak menjejaskan kelancaran trafik secara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Baca juga:

Beliau berkata LLM menjangkakan baki kenderaan yang masih berada di jalan raya adalah terdiri daripada kumpulan pengguna yang memilih untuk memulakan perjalanan pada saat-saat akhir menjelang sambutan 1 Syawal esok.

Sehubungan dengan itu, pemandu diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan memandu melebihi had laju bagi mengelakkan risiko kemalangan dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Pengguna turut dinasihatkan supaya mendapatkan rehat secukupnya di kawasan rehat yang disediakan sekiranya berasa penat serta memastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi bagi melancarkan urusan di plaza tol.