Aliran trafik sempadan Terengganu-Kelantan lancar

6 Jun 2025 • 10:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aliran trafik di beberapa pintu masuk dari jalan utama Persekutuan melibatkan jajahan Pasir Puteh dilaporkan lancar hingga jam 9 pagi hari ini. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Aliran trafik di beberapa pintu masuk dari jalan utama Persekutuan melibatkan jajahan Pasir Puteh dilaporkan lancar hingga jam 9 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, aliran trafik di jalan keluar masuk di sempadan Pasir Puteh-Terengganu, termasuk di pintu masuk Tok Bali-Kuala Besut berada pada skala satu.

"Setakat ini, tiada kesesakan jalan di pintu masuk sempadan Kelantan-Terengganu dan kenderaan bergerak seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, pemantauan sentiasa dijalankan oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh berikutan kepulangan perantau ke kampung halaman sempena Aidiladha. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved