
Juri tetap All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS menyifatkan nyanyian Aliff Aziz pada konsert minggu ketujuh terlalu banyak ‘sharp’.
Menerusi lagu Gerhana Cinta Luka (Iklim), Ramli turut menegur cara sebutan menerusi bukaan mulut Aliff yang kedengaran ‘berlebihan’.
“Ada cikgu vokal? Bunyi oo oo ooo. Terlebih buka mulut.
“Kenapa banyak sharp? Apabila tekan suara nada akan banyak sharp. Tapi oklah. Saya happy dengan perubahan menyanyi kamu,” kata Ramli.
Sementara itu, sahut Hetty Koes Endang, Aliff terlalu beremosi.



