All Stars Gegar Vaganza: Neelofa Ramal Hady Mirza… Tapi Ramai Kata Liza Hanim Pun Bakal Juara!

10 Dec 2023 • 9:34 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pentas akhir All Stars Gegar Vaganza atau GV10 baru membuka tirai sekitar pukul 9 malam tadi di Astro RIA.
 
Seiring program realiti nombor satu negara itu berlangsung di Arena Axiata dengan Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih sebagai hos, selebriti peminat terus meramal bakal juara GV10.
 
Salah seorang selebriti yang kerap membuat ramalan tepat iaitu Neelofa turut membuat pilihan bakal juara.
 
“Rasanya Hady Mirza juara,” katanya menerusi aplikasi X.
 
Selain peserta Singapura itu, nama Liza Hanim menjadi peserta paling popular dalam kalangan peminat yang diramalkan sebagai juara GV10.
 
Bagaimana menurut anda? Adakah juara GV10 akan menjadi milik Hady Mirza atau Liza Hanim.
 
Ataupun wang tunai RM200,000 bakal dibawa pulang oleh finalis lain yang berentap sama iaitu Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Tomok, Azharina dan Naqiu.
 
Saksikan!

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved