“Allah baru uji, takkan saya nak mengeluh” – Ruhainies Kongsi Tips Sabar & Tenang Buat Orang Diuji

Entertainment
9 Jul 2024 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Ruhainies anggap kontroversi yang melanda dirinya ini sebagai satu ujian hebat yang mungkin akan memberikan satu ‘ganjaran’ yang lebih besar buat dirinya.

Jelas pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas lagi, dia yakin dugaan yang dia hadapi ini akan berakhir dengan kebaikan.

image is not available

Kenyataan itu diberi dalam bentuk kata-kata sokongan moral apabila dirinya ditanya tentang cara dia bersabar berhubung dengan kontroversi yang sedang melanda dalam satu sesi Q&A di IG Story miliknya. Malah ada juga yang ingin mahukan tips daripadanya untuk kekal tenang.

“Allah baru beri ujian besar sekali, takkan saya nak mengeluh. Saya terima dan reda. Saya bersyukur Allah uji sebab Dia sayang.”

image is not available

“Saya percaya tiada yang sia-sia. Saya yakin pasti ada rezeki besar Allah sudah aturkan. Tiada badai yang berpanjangan.”

Untuk info, Ruhainies kini berdepan dengan pertuduhan berkhalwat dengan pelakon Aliff Aziz dalam kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di Kuala Lumpur 8 Mac lalu.

Ketika sebutan kes berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada 3 Julai lalu, mereka berdua mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.