Allah dengar doa kami, tuntut keadilan buat arwah – Keluarga

30 Jul 2026 • 1:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Allah dengar doa kami, tuntut keadilan buat arwah – Keluarga

KLANG – Keluarga Allahyarham Zulfiqar Zamir Amirul Nizam menyifatkan pindaan pertuduhan terhadap bekas pembantu perancang acara kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai permulaan kepada usaha menuntut keadilan buat mangsa.

Bapa Allahyarham, Amirul Nizam Abdul Aziz, 49, keputusan itu membuktikan doa mereka sekeluarga didengari selepas berbulan-bulan menanti perkembangan kes berkenaan.

“Allah mendengar doa kami dan ini penguat semangat untuk terus menuntut keadilan buat arwah.

“Alhamdulillah, pertuduhan itu akhirnya dipinda. Kami hanya mahu keadilan ditegakkan terhadap apa yang berlaku kepada arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurutnya, ketika pertuduhan pertama difailkan pada 18 Mei lalu, ia dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mangsa masih menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, ibu mangsa, Hamidah Othman, 51, berkata, keluarganya akan menghadiri semua prosiding kes berkenaan sehingga akhir.

“Kehilangan arwah masih lagi dirasai sehingga kini dan kami amat merindukannya Hanya ini yang mampu kami buat bagi menuntut pembelaan ke atas arwah yang juga anak sulung dan tulang belakang keluarga,” katanya yang menetap di Telok Intan, Perak. – KOSMO! ONLINE

The post Allah dengar doa kami, tuntut keadilan buat arwah – Keluarga appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved