
KLANG – Polis mengesahkan seorang lelaki yang didakwa mabuk dan melawan arus hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal akan dituduh semula di mahkamah esok.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan memaklumkan, kes itu melibatkan Low Kean Peng, 35, dan mangsa, Allahyarham Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27.
“Kes itu sebelum ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 44(1)A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu dalam pengaruh dadah atau alkohol hingga menyebabkan kecederaan).
“Mangsa iaitu penunggang motosikal telah meninggal dunia ketika dalam rawatan di KLANG – Polis mengesahkan seorang lelaki yang didakwa mabuk dan melawan arus hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal akan dituduh semula di mahkamah esok.Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya petang ini.
Tambahnya, pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor mengklasifikasikan semula kes itu untuk dituduh semula di Mahkamah Klang pagi esok.
Kosmo! pada 22 Julai lalu melaporkan keluarga Zulfiqar mengharapkan pindaan pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi menuntut pembelaan dan keadilan kerana kes itu melibatkan pemandu mabuk.
Pada 18 Mei lalu, Kean Peng yang juga pembantu perancang acara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan mangsa parah. – KOSMO! ONLINE
The post Pemandu mabuk langgar ‘rider’ dituduh semula esok appeared first on Kosmo Digital.





