“Allah Hadirkan Zuriat Saat Aku Reda..” – Kieda Crepe Umum Hamil Anak Ketiga

EntertainmentFamily & Parenting
25 Nov 2025 • 12:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Kieda Crepe mengumumkan bahawa beliau kini sedang hamil anak ketiga. Berita gembira itu dikongsikan menerusi sebuah video di TikTok yang membuat ramai peminat sebak.

Dalam video tersebut, Kieda atau nama penuhnya Siti Nur Khalieda Yusra mengimbas kembali detik ketika beliau membuat kejutan kepada suaminya, Hilmi Zaki, mengenai kehamilan itu. Hilmi bersama beberapa staf mereka dilihat menangis kegembiraan selepas menerima berita tersebut.

“Allah hadirkan zuriat saat aku reda…” – Kieda Crepe

View this post on Instagram

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

Lebih menyentuh hati, Kieda turut berkongsi tarikh bermakna dalam hidupnya.

25 Julai 2025, arwah abah genap dua tahun tinggalkan saya dan Allah hadirkan zuriat saat aku reda untuk semuanya.

Kata-kata itu membuatkan ramai warganet tidak dapat menahan sebak melihat kekuatan Kieda menghadapi ujian hidup.

Kini masuk trimester ketiga dan bakal tunaikan umrah

image is not available

Kieda turut memaklumkan bahawa kehamilannya kini sudah memasuki trimester ketiga.

Ketika video ini dimuat naik, saya dah nak masuk trimester ketiga dan dalam perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan umrah bersama suami dan orang tua kami.

Ruangan komen dibanjiri doa dan ucapan tahniah, dengan ramai mendoakan agar kandungannya dipermudahkan hingga saat melahirkan.

Pssttt! Rezeki datang dalam banyak bentuk. Kadang-kadang ia hadir tepat pada masa kita paling reda. Hargai setiap anugerah dan syukur pada perjalanan yang Allah aturkan.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Allah Hadirkan Zuriat Saat Aku Reda..” – Kieda Crepe Umum Hamil Anak Ketiga appeared first on Oh! Media.