Allah jaga! Budak kekal tenang, meski ular senduk menyelinap bawah badan

Family & Parenting
26 Jul 2023 • 1:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki kelihatan tenang meskipun hakikatnya berdepan dengan detik cemas apabila terdapat seekor ular senduk di bawah badannya.

Ular bawah badan budak

Menerusi hantaran dikongsikan pengguna TikTok dikenali Mia Zara, reptilia berwarna hitam berkenaan menyelinap masuk ke bawah badan kanak-kanak berkenaan sewaktu berada di rumah pengasuh.

Namun, pengasuh kanak-kanak tersebut memintanya untuk tidak melakukan sebarang pergerakan dan kekal bertenang memandangkan reptilia berkenaan amat sensitif dan akan menyerang jika berasa terancam.

Dalam pada itu, pengguna terbabit meluahkan rasa syukur apabila kanak-kanak berkenaan diberi perlindungan oleh-Nya dan selamat daripada sebarang ancaman bahaya tidak diingini.

“MasyaAllah, Allahuakbar. Allah Maha Kuasa. Anak ini dalam jagaan Allah,”tulisnya.

@mummy_miazaraa

MasyaAllah Allahuakbar . Allah maha kuasa . Anak ni Dalam jagaan Allah

♬ original sound – MiaZaraa – MiaZaraa

Bukan ular mainan, nasib baik semuanya selamat

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan tampil menjelaskan bahawa ular yang berada di bawah badan anaknya bukanlah mainan seperti disangka orang ramai, sebaliknya ular senduk.

Katanya lagi, anaknya itu kini berada dalam keadaan selamat selepas berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.

“Salam, ini anak saya. Alhamdulillah, anak saya selamat.
“Untuk pengetahuan, ini bukan ular mainan, ular senduk. Amat berbiasa. Tapi, Allah jaga anak saya,”maklumnya.

image is not available

Dalam pada itu, terdapat warganet meminta wanita berkenaan berkongsi amalan hariannya yang membolehkan anak-anak terlindung daripada bahaya.

“Setiap hari nak pergi kerja, saya berdoa dan bertawakal kepada Allah dan minta Allah jaga anak-anak saya semasa saya mencari rezeki,”jawabnya.

image is not available

Biasanya budak yang aktif

image is not available

Sumber: TikTok @mummy_miazaraa