“Seram weh!” – Tular Video Ular Sawa Sebesar ‘Anakonda’ Dirakam Dijumpai Dekat Elmina

Entertainment
24 Jul 2023 • 11:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ngeri dan seram!

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seekor ular sawa bersaiz gergasi didakwa ditemui di sekitar kawasan Elmina, Shah Alam.

Menurut video yang dikongsikan @yayaazmi, ia memaparkan reptilia berkenaan sedang menyusur di satu kawasan berbukit semasa ia dirakam oleh penduduk setempat.

Sungguhpun begitu, menerusi satu update terbaharu darinya, ular berkenaan katanya telah ditangkap oleh pihak Perhilitan, namun tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu.

image is not available

image is not available

“Hope settle secepat mungkin, besar ni”

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang seram dengan penemuan haiwan reptilia itu. Rata-rata berharap ia sudah tangkap oleh pihak berkuasa.

image is not available

Pun begitu, menerusi satu kenyataan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mereka tidak menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan mengenai ular gergasi berkenaan.

Malah ada di kalangan netizen juga mendakwa saiz ular tersebut tidaklah sebesar yang disangkakan ramai.

image is not available

“Size yang sebenar dari info penduduk di sana, mungkin video tersebut diambil dengan mode zoom kerana nampak imagenya tidak stabil dan ia nampak seperti besar begitu,” kata seorang netizen di Twitter.

Harap-harap dah kena tangkaplah ye ular tu. Risau min tengok.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.