“Allah Satu? Sah Islam Acuan Freemason” – Lelaki Bernama Shariz*t Tular, Terang-Terang Sembang Pasal Ajaran Si Hulk

25 Jul 2023 • 12:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang ajaran sesat baru yang dikenali sebagai Si Hulk di mana pengikutnya mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan Tuhan.

Beberapa pengikut ajaran itu telah membuat video pengakuan secara terbuka pada Awal Muharram lepas dan ia mengejutkan umat Islam yang lain.

image is not available 6 days ago

“Setuju Nabi Muhammad Pegang Jawatan Allah” - Satu Keluarga Pengikut Ajaran Sesat, Berani Mengaku Di Medsos

Perbualan di antara seorang individu bersama dengan lelaki yang merupakan pengikut ajaran Si Hulk itu meraih perhatian ramai selepas ia tular di Facebook.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, lelaki tersebut boleh dilihat berbangga dan sangat yakin dengan ajaran itu malah tidak habis-habis berkata orang Islam ditipu oleh acuan Freemason.

Kau kenal tak ibnu Arabi? Jangan kena tipu dengan Islam acuan Freemason.”

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut mentertawakan individu dipercayai rakannya yang kononnya tidak habis belajar dan tak tahu ajaran Islam ‘sebenar’.

Sebelum ini jugak telah tular video menunjukkan lelaki ini bersama beberapa individu lain dipercayai rakan-rakannya yang membuat video mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah Allah SWT.

Sementara itu, akaun Facebook lelaki dikenali sebagai Sharizat ini kini menjadi tumpuan ramai warganet untuk ‘siasat’ tentang ajaran Si Hulk.

Banyak hantaran yang dikongsinya meraih perhatian pengguna Facebook yang meninggalkan komen menghentamnya tentang kepercayaan itu.

image is not available

image is not available