“Allah Sentiasa Bersama Mu…” – Hantaran Terbaru Aliff Aziz Raih Perhatian, Alunan Bacaan Al-Quran Dipuji Lunak

EntertainmentMusic
1 Dec 2025 • 9:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tular di TikTok sebuah video memaparkan penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz, mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran sehingga mencuri perhatian ramai.

Dalam rakaman tersebut, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz, 34, didatangi seorang individu dikenali sebagai Amar Sufi Ali yang secara spontan memintanya membacakan sepotong ayat daripada Surah al-Furqan ayat 70.

Advertisement

Tanpa ragu, Aliff yang berjubah hitam dan berkopiah putih terus menyahut permintaan itu sebelum mengalunkan bacaan dengan tenang, jelas dan merdu.

Seperti dijangka, ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi positif. Rata-rata memuji kefasihan bacaan Aliff dan mengakui sebak mendengar kelunakan suaranya.

image is not available
image is not available

Tidak kurang juga yang mengetepikan sementara kontroversi lalu dan mengingatkan bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, malah pintu taubat sentiasa terbuka.

Dalam masa sama, warganet turut menyarankan agar Aliff lebih kerap berkongsi bacaan surah di media sosial sebagai inspirasi dan penguat semangat buat para pengikutnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-28 18:01:30

Faisal Halim Dan Isteri Bercerai Talak Dua Setelah 6 Tahun Berkahwin