
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Al-Quran adalah kitab pedoman yang sering dibaca oleh individu yang beragama Islam.
Ia bukan sekadar untuk dibaca sebaliknya turut dijadikan sebagai panduan di dalam hidup.
Bahkan Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala buat mereka yang sentiasa beramal dan membaca al-Quran.
Namun Al-Quran tidak hanya untuk orang Islam, sesiapa sahaja boleh membacanya atau mendengar surah-surah di dalamnya asalkan dapat menghormati dengan baik.
Wanita minta pemandu muslim kuatkan bacaan al-Quran yang dipasang dalam kereta
Baru-baru ini, seorang wanita, Viki Han dipercayai dari New York, Amerika Syarikat (AS) memaklumkan dia suka mendengar surah di dalam al-Quran.
Menerusi video yang dikongsikan oleh The Cosmic Mother di TikTok, awalnya kelihatan dia sedang menaiki sebuah kenderaan e-hailing menuju ke suatu tempat.
Dalam perjalanan itu, dia kemudian dipercayai terdengar satu surah di dalam al-Quran yang dimainkan oleh pemandu yang beragama Islam itu.
Dia kemudian bertanya adakah itu adalah surah dalam al-Quran dan meminta adakah boleh jika pemandu itu menguatkan bunyinya.
“Adakah ini al-Quran? Can you turn it up (bolehkan awak kuatkannya),” katanya.
Maklum suka dengar bacaan al-Quran
Pemandu yang tersalah dengar itu kemudiannnya menutup bacaan tersebut. Menyedari perkara itu, wanita terbabit kemudian mengatakan dia mahu bunyi surah itu dikuatkan dan bukan sebaliknya.
“Awak sangka saya beritahu kamu untuk menutupnya? Tidak, tidak. Up (naik) louder, louder (lebih kuat). Ya saya suka (mendengar bacaan) al-Quran,” jelasnya lagi kepada pemandu berkenaan.
Di ruangan kapsyen wanita itu memaklumkan dia mengharungi hari yang sukar pada hari itu dan bacaan itu memberikannya ketenangan.
“Saya mengalami hari yang sukar pada hari ini dan momen seperti ini memberikan ketenangan untuk hati saya. #quran #alhamdulillah,” tulisnya.
Pun begitu tidak dapat diketahui apakah agama wanita terbabit namun info pada profil memaklumkan yang dia adalah seorang cosmic shaman.
Viki juga ada menyediakan khidmat bimbingan dan penyembuhan spiritual menerusi laman Moment With Viki.
Tonton video di sini.
@ ♬ –
Ramai non-muslim turut suka dengar bacaan al-Quran
Melihat di ruangan komen, ramai di kalangan individu yang bukan Islam memaklumkan mereka juga suka mendengar bacaan al-Quran kerana ia memberikan mereka ketenangan.
Ada yang mengatakan alunan bacaan itu begitu indah sehingga bertanya bagaimana dia ingin mencarinya di aplikasi Spotify kerana benar-benar ingin mendengarnya.
Tidak kurang ada yang memaklumkan mereka turut tersalah dengar ketika wanita itu meminta agar bacaan itu dikuatkan.
“Saya bukan Islam tetapi mendengar bacaan ayat al-Quran memberikan saya ketenangan minda”

“Saya dengar ‘turn it off’ juga”

“Alhamdulillah. Saya mula mendengar bacaan al-Quran di radio pada waktu malam apabila tidak dapat tidur (kerana menghidapi Post Traumatic Stress Disorder). 2 tahun kemudian saya mengucap dua kalimat syahadah.”

“Ini sangat tenang dan bunyi yang indah. Adakah itu bacaan al-Quran? Saya mohon maaf, saya tidak pernah mendengarnya dan ia sangat indah”





