
BERITA gembira buat peminat pelakon Raja Farah apabila dia berkongsi khabar bakal menimang cahaya mata kelima tidak lama lagi.
Kehamilan kali ini disifatkan sebagai satu hikmah yang cukup besar selepas dia melalui fasa duka akibat keguguran buat kali keempat pada awal tahun ini.
Pelakon filem Anak Halal itu mengakui sangat bersyukur kerana tidak menyangka akan kembali hamil dalam waktu yang sangat singkat.
Rainbow baby
Menerusi hantaran di Instagram, Raja Farah berkongsi perjalanan emosinya yang disahkan gugur pada pertengahan Januari lalu.

"Sedih, kecewa, salahkan diri sendiri tak jaga kandungan..tapi tetap reda..
"ALLAH tahu bila dan apa yang terbaik," katanya yang sempat rasa ralat sebelum reda dengan ketentuan takdir.
Bagaimanapun, rezeki menyebelahi dirinya apabila sebulan kemudian dia mendapati ujian kehamilan kembali positif sebelum disahkan benar-benar hamil semula oleh doktor.
Kini, kandungan Raja Farah sudah pun selamat memasuki usia lima bulan dan berada dalam keadaan baik.
Menyifatkan kandungan kali ini sebagai 'rainbow baby' atau sinar pelangi selepas ribut, dia sangat teruja untuk melalui fasa ini.

"Alhamdulillah....rainbow baby... syukur rezeki untuk terus pregnant lagi lepas miscarriage..and now i'm almost half way through this pregnancy journey..
"Syukur Ya ALLAH..Baby nombor lima on the way," ujarnya yang turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan dan berjanji akan berkongsi lebih banyak perkembangan selepas ini.





