Pelakon Lisa Surihani percaya setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri, termasuk kegagalan rayuan suaminya, Yusry Abdul Halim untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Menurut Lisa, dia dan suaminya pada awalnya berharap dapat sama-sama mengerjakan rukun Islam kelima itu, namun tetap reda dengan ketentuan yang telah diatur.
AdvertisementView this post on Instagram
“Ia menjadi peringatan untuk kami terus reda, bahawa setiap niat dan perancangan kita tetap tertakluk kepada aturan Yang Maha Tinggi.”
Lisa berkata, mungkin keberadaan Yusry di tanah air lebih diperlukan bagi menguruskan rumah serta menjaga anak-anak sepanjang ketiadaannya.
“Mungkin kehadiran abang lebih diperlukan untuk menjaga keadaan di rumah, untuk anak-anak kami, supaya dapat membantu mengurus dan menjaga anak-anak sepanjang ketiadaan saya selama 45 hari,” katanya.
Dalam masa sama, Lisa turut meluahkan rasa lega apabila menerima khabar bahawa anak-anak mereka berada dalam keadaan baik sepanjang dia berada di Tanah Suci.
“Alhamdulillah dengar khabar mereka semua baik-baik saja. Terima kasih daddy. Itulah yang penting buat mereka. Leganya,” katanya lagi.
Lisa juga bersyukur apabila rayuan visa hajinya menerusi Lembaga Tabung Haji diluluskan, walaupun rayuan suaminya tidak berjaya.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah saya amat bersyukur atas kelulusan rayuan visa Tabung Haji saya. Segalanya juga telah diatur dengan indah oleh Allah.”
Walaupun sedih tidak dapat menunaikan ibadah tersebut bersama suami, Lisa percaya pasti ada sebab di sebalik aturan itu.
“Alhamdulillah syukur berharap dapat menempuh perjalanan ini bersama, rayuan abang tidak diluluskan. Namun, pasti ada hikmahnya,” ujarnya.
Terdahulu, Lisa berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dia Tampar Saya Depan Orang Ramai" - Elizabeth Tan
The post “Terima Kasih Daddy..” – Yusry Gagal Rayuan Haji, Lisa Surihani Percaya Ada Hikmah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
