“Allah Tunjuk Satu Persatu” – Kecoh Isu Tarik Mutaah, Netizen ‘Korek’ Kisah Pempengaruh Didakwa Curang

EntertainmentLifestyle
8 Jan 2026 • 12:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang individu tampil mempertahankan diri selepas mendakwa namanya disalah kaitkan dengan kisah rumah tangga seorang pempengaruh yang kecoh diperkatakan kini.

Menerusi hantaran di platform Threads, individu berkenaan menegaskan agar orang ramai tidak salah menuduh pihak lain kerana ia boleh menganiaya individu yang tidak bersalah.

Advertisement

Menurutnya, antara tuduhan paling keterlaluan yang diterima adalah dakwaan kononnya dia merupakan adik atau abang kepada individu bekas isteri pempengaruh itu yang didakwa berada di sebalik akaun terbabit.

image is not available

Individu itu turut mendakwa isu sebenar tercetus selepas pasangan terbabit sendiri mendedahkan perkara berkenaan di media sosial, sekali gus membuka ruang kepada netizen untuk membuat siasatan dan spekulasi.

“Bini baru (belum kahwin) dia yg buka aib sendiri dulu, Benda dh post kan sonang aku netz nak korek,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, dia meminta orang ramai berfikir secara rasional serta memahami emosi seorang isteri yang didakwa menjadi mangsa dalam konflik rumah tangga.

image is not available

“Fikir logik la.. ada ke isteri yg x sedih n meroyan kalau perkahwinan dirosakkan si pmpn jal*ng?” katanya lagi.

Bagaimanapun, individu tersebut meluahkan rasa kesal apabila pasangan terbabit didakwa menganiaya pihak lain sebelum tampil memainkan peranan sebagai mangsa.

image is not available

 

image is not available

“Korg berdua dh aniaya dia pastu aib kan dia lg… pastu paling xblh brain play victim,” tulisnya.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang menyokong penjelasan diberikan selain menyeru agar orang ramai lebih berhati-hati sebelum membuat tuduhan atau menyebarkan spekulasi di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-08 11:07:57

Dr. Afif Pertahan Baby Shima Isu Lirik Lagu Lucah, Tegur Pendekatan Public Health Malaysia - "Jangan Terus Menghukum"

The post “Allah Tunjuk Satu Persatu” – Kecoh Isu Tarik Mutaah, Netizen ‘Korek’ Kisah Pempengaruh Didakwa Curang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.