“Allahuakbar…” – Lafaz Bapa Sebak Lihat Jasad Anak Gadis Di Bawah Kereta

21 Aug 2025 • 3:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

“Allahuakbar… Innalillahi wainna ilaihi rajiuun,”

Itulah lafaz pilu seorang bapa sebaik melihat jasad anak gadisnya yang berusia 19 tahun terperosok di bawah kereta selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan di hadapan Masjid Pekan Sri Medan, di Batu Pahat semalam.

image is not available

Foto: BH

Menurut laporan Berita Harian, Halim Lewo, 56, berkata dia sebak dan tidak mampu berkata apa-apa sebaik melihat anaknya, Putri Alya Maisara, terbujur kaku.

Menceritakan semula kejadian, Halim berkata arwah sebelum itu meminta izin keluar sebentar untuk membeli makanan.

“Sekitar jam 5.40 petang, saya terima panggilan memaklumkan Putri Alya terlibat dalam kemalangan. Saya segera bertanya keadaannya, namun dimaklumkan dia tidak sedarkan diri.

“Ketika saya sedang bersiap untuk ke lokasi, sekali lagi telefon berdering dan kali ini saya diberitahu anak saya sudah tiada. Saya hanya terkaku, tidak mampu berkata apa-apa, namun tetap menggagahkan diri untuk ke tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, arwah kini sedang bercuti semester selama dua bulan dan lebih banyak meuangkan masa bersama adik-beradik di rumah.

image is not available

Foto: Metro

“Dia sebenarnya jarang keluar, lebih suka duduk bersama keluarga. Oktober nanti sepatutnya dia menyambung pengajian tahun kedua dalam bidang Pengurusan Pejabat di UiTM Lendu, Melaka.

“Putri Alya anak harapan keluarga kerana adik-adiknya masih bersekolah. Tapi, kami reda kerana Allah lebih menyayanginya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mengesahkan kejadian berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)