Ally Mukhriz timang cahaya mata lelaki, cicit pertama Tun Mahathir dan Tun Hasmah

LocalFamily & Parenting
17 Aug 2026 • 1:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ally Mukhriz timang cahaya mata lelaki, cicit pertama Tun Mahathir dan Tun Hasmah
Ally memangku Eden Zakaria Ezran Cheah sambil diperhatikan oleh ibunya, Norzieta. - Gambar Instagram @tpnnorzietaofficial
Image from: Ally Mukhriz timang cahaya mata lelaki, cicit pertama Tun Mahathir dan Tun Hasmah
Mukhriz memangku cucu sulungnya, den Zakaria Ezran Cheah yang selamat dilahirkan pada 16 Ogos 2026.

KUALA LUMPUR -  Anak kepada Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Ally Mukhriz selamat melahirkan bayi sulung lelaki yang diberi nama Eden Zakaria Ezran Cheah pada Ahad.

Kelahiran Eden Zakaria sekali gus menjadikan bayi yang lahir dengan berat 2.9 kilogram itu cicit pertama kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ally atau nama sebenarnya Meera Alyanna Mukhriz menerusi media sosial pada Isnin.

Menurut Ally, cahaya pertama beliau dan suami, Ezran Daud Cheah itu lahir pada jam 8.48 pagi.

"Ezran and I are happy to announce the birth of our baby boy, Eden Zakaria Ezran Cheah. Born 16.08.26 at 8:48am at 2.9kg.

"Thank you everyone for sending the well wishes and we hope to share more soon," katanya menerusi perkongsian tersebut.

Turut berkongsi kegembiraan ialah ibu Ally, Tok Puan Norzieta Zakaria, yang memuat naik ucapan menyentuh hati bagi menyambut kehadiran cucu sulungnya.

"Assalamualaikum. Praise be to ALLAH. Our hearts are overflowing with love as we proudly welcome our precious grandson into the family.

"Welcome to the world, little one! You are already so deeply loved," tulis Norzieta pada hantaran di akaun Instagram beliau.

**media[3617524]**

Pada Februari lalu, Ally mengumumkan kehamilan anak sulung selepas melalui perjalanan panjang rawatan kesuburan, termasuk prosedur persenyawaan in vitro (IVF).

Ally mendirikan rumah tangga dengan Ezran Daud Cheah pada 20 Februari 2020 dan pasangan itu sering berkongsi perjalanan mereka untuk mendapatkan cahaya mata dengan para pengikut di media sosial.

Kelahiran Eden disambut dengan ucapan tahniah daripada ahli keluarga, rakan-rakan serta pengikut yang membanjiri ruangan komen media sosial pasangan tersebut. - Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved