Genap 70 usia perkahwinan Tun Mahathir, Tun Hasmah

6 Aug 2026 • 4:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Genap 70 usia perkahwinan Tun Mahathir, Tun Hasmah

PETALING JAYA – Usia perkahwinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan isterinya, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali, mencecah 70 tahun pada Selasa lalu.

Sempena tarikh keramat itu, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil kesempatan menyampaikan ucapan buat kedua-dua ibu dan bapanya itu.

Ucapan berkenaan dibuat menerusi media sosial berserta tanda pagar #livelong dan #loveforever.

“Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-70!

“Semoga terus diberkati Allah SWT dengan kesihatan yang baik, semangat kental dan bahagia dunia akhirat,” katanya di media sosial.

Hantaran Mukhriz yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air itu meraih pelbagai respons orang ramai yang turut teruja dengan hubungan baik pasangan berkenaan yang sentiasa menjadi inspirasi.

“Tun, anugerah suami paling penyayang memang milikmu,” komen seorang pengguna.

“Selamat ulang tahun perkahwinan, Tun Mahathir dan Tun Hasmah. Pasangan yang sungguh indah dan sentiasa menjadi inspirasi,” ujar @Aishahali44.

“Semoga Tun berdua sentiasa dirahmati Allah SWT,” ucap yang lain. – KOSMO! ONLINE

The post Genap 70 usia perkahwinan Tun Mahathir, Tun Hasmah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved