Almy Nadia dedah wajah anak kelima, beri nama Nur Afrina Alisya

LocalEntertainment
25 Nov 2024 • 1:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selepas dua bulan melahirkan, pelakon Datin Almy Nadia dedah wajah anak kelimanya, Nur Afrina Alisya kepada para peminat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Almy atau nama lengkapnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 38, dia turut meluahkan rasa syukur kerana anak perempuannya itu membesar dengan baik.

Almy Nadia dedah wajah anak

Instagram will load in the frontend.

“Assalamualaikum semua, Alhamdulillah hari ini (Isnin) anak saya dah berusia dua bulan lebih.

“Saja mama (panggilan Almy) tunjuk gambar dia (anak) atas penimbang sebab dia sihat dengan jayanya Alhamdulillah. Nama dia Nur Afrina Alisya, panggil Alisya ya,” katanya.

Almy Nadia dedah wajah anak

image is not available

image is not available

Dalam perkongsian itu juga, dia berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan peningkatan positif berat badan Alisya ketika bayi itu berada di atas penimbang.

Walaupun usia baru sahaja dua bulan, namun berat badan bayi itu sudah hampir mencecah enam kilogram.

image is not available

Sekadar info, Almy Nadia dan Fizz Fairuz turut mempunyai empat cahaya mata yang lain iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, yang kini berusia 15 tahun.

image is not available

Sumber: Instagram @Almy Nadia