“Kenapa nak ada ayah kalau ada mama hebat..”-Cik B seronok ‘pau’ Vida duit shopping

LocalEntertainment
24 Nov 2024 • 7:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Kenapa nak ada ayah kalau ada mama hebat,”demikian jawab anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

Terbaharu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkongsi tangkap layar mengenai perbualannya dengan ibu di aplikasi TikTok.

Perkongsian tangkap layar perbualan antara dua beranak ini telah mencuri perhatian warganet.

“Kenapa nak ada ayah”

Mana tidaknya, menerusi hantaran tersebut, Cik B yang juga personaliti media sosial dengan selamba meminta wang daripada ibunya untuk membeli-belah.

Dalam perbualan tersebut, Vida turut bertanya kepada Cik B mengenai jumlah yang diinginkan sebelum remaja itu menyatakan dia tidak kisah menerima berapa sahaja jumlah diberikan ibunya.

image is not available

image is not available

Cik B yang kini berada di Sepanyol memberitahu walaupun memiliki pendapatan sendiri, namun dia lebih suka meminta wang daripada ibunya jika ingin membeli sesuatu.

“Walaupun sudah ada wang sendiri, tetapi lagi seronok membeli-belah menggunakan duit mama,”katanya.

image is not available

image is not available

Dalam hantaran yang sama, anak usahawan berusia 19 tahun itu meluahkan rasa kagum dan syukur kerana dikurniakan seorang ibu yang hebat dan pemurah.

Menurutnya, walaupun Vida mengharungi pelbagai cabaran hidup sebagai ibu tunggal namun wanita itu tidak pernah gagal memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

image is not available

Selain Cik B, Vida juga mempunyai seorang lagi anak lelaki yang bernama Eric Zaquan atau mesra disapa Kacak.

Sumber: TikTok cikb_havoc