Pelakon dan pelawak, Along Cham, 42, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan memiliki kanabis. Bagaimanapun, dia dibawa ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan baharu dengan ikat jamin RM5,000 dibenarkan.
Selain itu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad mengesahkan bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, di Mahkamah Syariah Sepang. Langkah ini diambil selepas dakwaan Afreena melanggar tiga taklik dalam perkahwinan mereka, termasuk tuduhan tidak patuh dan menipu suami.
“Dia langgar taklik itu beberapa bulan lalu. Saya tak boleh cerita panjang sebab semuanya masih dalam proses.
“Saya juga perlu mendapatkan dokumen penting seperti sijil nikah dan kad pengenalan saya yang masih disimpan olehnya,” kata Along memetik laporan dari mStar Online, Selasa, 28 Januari 2025.
Menurutnya, perceraian ini sepatutnya difailkan pada 16 Disember lalu tetapi tertangguh apabila dia ditahan pihak polis atas tuduhan memiliki dadah dua hari sebelumnya.
“Ini langkah pertama saya selepas keluar dari madrasah (penjara) semalam,” katanya.
Mengulas isu orang ketiga dalam perkahwinannya, Along mengakui wujudnya pihak ketiga namun enggan memberikan butiran lanjut.
“Saya sudah habis sayang rumah tangga ini. Peluang telah diberikan, tetapi tetap dikhianati,” ujarnya.
Untuk makluman, Along dan Afreena berkahwin pada 4 April tahun lalu selepas sembilan tahun menduda.
Sumber: Harian Metro, mStar Online
The post Along Cham bakal fail cerai taklik, dakwa isteri langgar perjanjian? appeared first on The Reporter.


