Along Cham Dedah Ibu Pernah Larang Berkahwin Dengan Isteri – “Masa Daftar Nikah, Pejabat Agama Kata Ini Perkahwinan Ketiga Dia”

LocalEntertainment
12 Feb 2025 • 4:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak, Along Cham telah mendedahkan bahawa keputusannya untuk berkahwin dengan isterinya, Afreena Suhaimi adalah satu kesilapan kerana sanggup membelakangi ibunya.

Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad berkata, ia merupakan satu kesilapan yang dibuat ketika mahu memperisterikan wanita itu.

Itu kesilapan saya, sampai saya membelakangkan ibu saya.

image is not available

Ibu saya dah melarang sebelum ni, tapi cinta itu membutakan. Banyak benda yang saya terpedaya dengan dia, terutamanya kata-kata dia.

Dalam pada itu, Along turut mendakwa dia memilih untuk tidak mengambil tahu mengenai kisah silam isterinya kerana sudah meletakkan kepercayaan sepenuhnya.

Ada info yang saya dapat masa saya berkawan dengan dia, tapi saya tak patut korek kisah silam seseorang. Saya percaya 100 peratus dekat dia.

Dia juga memberitahu sebelum ini isterinya memaklumkan dia pernah berkahwin dan perkahwinan bersamanya adalah yang kedua.

image is not available

Apa yang diberitahu, saya adalah perkahwinan yang kedua.

 

Tetapi masa daftar nikah, pejabat agama Sepang periksa, saya adalah perkahwinan ketiga dia.

Akui terkejut dengan maklumat itu, pelawak itu mendakwa dia terus menghubungi isterinya untuk mengesahkan perkara tersebut namun isterinya berkeras menafikan perkara itu.

Saya pun bertanya, kalau saya teruskan anything tak jadi kahwin boleh kan dan pegawai itu jawab boleh.

 

Jadi, saya teruskan majlis akad nikah itu.

Sebelum ini, Along dilaporkan telah memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya.

image is not available 21 hours ago

"Dah Dilabel Banduan? Belum Lagi.." - Along Cham Kongsi Pengalaman Masuk Penjara Sungai Buloh