Along Cham mengaku tak bersalah, dituduh miliki 58.23 gram bahan terlarang

LocalEntertainment
20 Dec 2024 • 11:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak Along Cham mengaku tak bersalah atas pertuduhan memiliki ganja seberat 58.23 gram ketika tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada Jumaat.

Memetik laporan Berita Harian, pertuduhan terhadap Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, telah dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Along Cham mengaku tak bersalah

image is not available

Along Cham yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim dari Tetuan Zamri Idrus yang juga bekas peserta program realiti Raja Lawak itu didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang dairpada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

image is not available

Di kandang tertuduh, Along Cham memohon untuk diikat jamin namun ditolak oleh hakim disamping turut mengarahkan laporan kimia tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan kes disebut semula pada 27 Januari depan.

Sementara itu, pelawak tersebut telah ditahan di rumahnya di Cyberjaya pada Sabtu dan mengikut kertas pertuduhan, Along Cham disyaki memiliki dadah jenis ganja seberat 58.23 gram.

Didakwa miliki dadah, Along Cham mengaku tak bersalah

image is not available

Media sebelum ini melaporkan hasil ujian air kencing terhadap selebriti itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC), manakala siasatan polis mendapati suspek tiada rekod lampau dan disiasat.

Sumber: Berita Harian (Samadi Ahmad)