Along Eyzendy Kritikal, Isteri Minta Orang Ramai Sedekahkan Al-Fatihah

EntertainmentHealth & Fitness
7 Feb 2026 • 2:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isteri kepada pelakon Along Eyzendy berkongsi perkembangan terkini yang cukup meruntun perasaan apabila memaklumkan suaminya kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menerusi perkongsian Zalif Sidek di Instagram, isteri Along Ezendy merayu agar rakan-rakan serta orang ramai menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan yang terbaik buat suaminya.

Assalamualaikum, mari kita sama-sama berdoa kepada sahabat kita Mohd Ezendy B. Mohd Aziz atau @alongeyzendy.

Luahan tersebut jelas menggambarkan keperitan dan harapan seorang isteri yang kini hanya berserah kepada Allah SWT.

Orang ramai turut sama mendoakan

image is not available

Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian ramai apabila netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan doa, kata-kata semangat dan sokongan buat Along Ezendy serta keluarganya agar terus kuat menghadapi dugaan ini.

Pssttt! Dalam saat getir begini, doa adalah senjata paling kuat. Hargailah insan tersayang dan sentiasa mendoakan kebaikan buat mereka, sama ada ketika sihat mahupun diuji.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Along Eyzendy Kritikal, Isteri Minta Orang Ramai Sedekahkan Al-Fatihah appeared first on Oh! Media.