Kesihatan Along Eyzendy Semakin Kritikal, Doktor Minta Keluarga Bersedia Hadapi Segala Kemungkinan

LocalHealth & Fitness
7 Feb 2026 • 5:35 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan pelakon Along Eyzendy kini dilaporkan semakin kritikal apabila beberapa organ dalamannya difahamkan semakin lemah.

Perkhabaran duka itu dikongsikan rakan seperjuangannya yang juga pelakon, Zalif Sidek, menerusi hantaran di Instagram selepas menerima maklumat terkini daripada adik Along.

Menurut Zalif, doktor memaklumkan keadaan Along sudah berada pada tahap yang membimbangkan sehingga pasukan perubatan tidak lagi dapat memberikan tindak balas kecemasan sekiranya berlaku sebarang komplikasi serius.

“Sekarang doktor dah tak bagi lagi untuk emergency respons kalau apa-apa terjadi sebab organ dalaman Along dah tak kuat.

“Sekarang ini doktor minta kita doakan dan reda apa-apa terjadi dekat Along. Pasukan perubatan sudah buat yang terbaik,” kongsinya.

Doa orang ramai diharapkan

Dalam masa sama, beliau turut memohon orang ramai agar terus menitipkan doa buat sahabatnya itu supaya segala urusan dipermudahkan.

“Mohon semua berdoa untuk sahabat kita Along, semoga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.

“Kepada sahabat dan kenalan yang ingin melawat Along boleh ke Hospital Serdang,” maklumnya.

Sebelum ini, Along dilaporkan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan serius dalam perut.

Isterinya, Hamidah Mohd Yatim, berkata keputusan tersebut terpaksa dibuat bagi membolehkan rawatan rapi dijalankan dan menstabilkan keadaan suaminya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai punca sebenar masalah kesihatan yang dihadapi masih belum didedahkan kepada umum.

Perkembangan terbaharu ini nyata meruntun hati ramai peminat dan rakan artis yang terus berharap agar keajaiban berlaku buat Along. – The Malaysian Update

The post Kesihatan Along Eyzendy Semakin Kritikal, Doktor Minta Keluarga Bersedia Hadapi Segala Kemungkinan appeared first on The Malaysian Update.