Alvaro Bautista sudah berjaya naikkan nama Ducati di pentas dunia.

18 Jun 2025 • 4:13 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Juara dunia dua kali World Superbike (WSBK), Alvaro Bautista, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan Ducati terhadapnya berbanding bintang MotoGP, Marc Marquez. Sejak peraturan minimum berat jentera dan pelumba dilaksanakan tahun lalu, prestasi Bautista bersama Ducati Panigale V4 R merosot ketara. Tambahan berat memberi kesan besar pada gaya tunggangannya, menjadikan Bautista kurang dominan berbanding musim kejuaraannya sebelum ini.

Menurut Bautista, pihak Ducati menyedari sepenuhnya isu teknikal yang dihadapi, namun langkah penyelesaian yang diambil masih belum cukup membantu.

“Saya tahu mereka cuba, tetapi cara mereka respons tidak seperti layanan yang Marc Marquez terima di MotoGP,” katanya dalam satu temubual.

Di MotoGP, Marquez dilihat menerima sokongan teknikal yang agresif dan pantas daripada Ducati, termasuk akses kepada kemas kini terkini yang membantu menyesuaikan jentera mengikut keperluan Marquez.

Bautista mengakui dia kecewa kerana tidak diberikan ruang dan keutamaan yang sama dalam menyelesaikan isu teknikal sepanjang musim ini. Beliau menganggap musim 2024 sebagai salah satu yang paling mencabar, dan kini bersedia menutup lembaran bersama Ducati apabila kerjasama mereka tamat hujung tahun ini.