Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali sertai UMNO

LocalPolitics
4 Jun 2026 • 8:21 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali sertai UMNO

MERSING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta sebelum kembali menyertai UMNO.

Alwiyah yang mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau sejak tahun 2018 turut melepaskan semua jawatannya dalam parti berkenaan susulan keputusan tersebut.

Menerusi satu kenyataan media rasmi yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai aspek demi memastikan kepentingan dan masa depan penduduk di kawasan yang diwakilinya terus terpelihara.

“Setelah mengambil kira beberapa aspek, demi kebaikan dan masa depan DUN Endau, saya telah membuat keputusan untuk mengumumkan keluar dari parti Bersatu dan meletakkan segala jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta-merta dan kembali bersama UMNO,” katanya.

Menurut beliau, keputusan tersebut bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas menilai situasi semasa serta keperluan rakyat di kawasan Endau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved