Penyanyi Datin Alyah berkongsi mengenai sikap suaminya, maestro muzik terkenal, Profesor Adjung Datuk Ramli MS yang tidak gemar menukar barangan selagi masih boleh digunakan.
Menurut Alyah, suaminya yang mesra disapa Tok Ram sebenarnya sudah memiliki telefon bimbit baharu, namun tetap memilih untuk menggunakan telefon lama selagi ia masih berfungsi dengan baik.
AdvertisementMalah, Alyah mendedahkan bahawa dia sendiri pernah menghadiahkan telefon baharu kepada suaminya, tetapi Tok Ram tetap dengan pendiriannya untuk tidak membazir.
Netizen Tegur Sarung Telefon Tok Ram
Menerusi perkongsian di Threads, Alyah menjelaskan perkara tersebut selepas terdapat pengguna media sosial yang menegur keadaan sarung telefon Tok Ram dalam sebuah video yang dimuat naik sebelum ini.

Video berkenaan memaparkan Tok Ram sedang membuat pesanan donat untuk Zara, namun perhatian segelintir netizen tertumpu kepada sarung telefon yang digunakan oleh maestro muzik itu.
“Kemarin ada post video Tok Ram order donut untuk zara tapi ada yang komen ‘dah boleh tukar kot cover phone Tok Ram’”
Susulan teguran tersebut, Alyah tampil menjelaskan bahawa suaminya sebenarnya sudah mempunyai telefon baharu, tetapi masih enggan menggunakannya selagi telefon lama belum rosak.
“Sebenarnya dah ada phone baru, dah present dekat dia. Tapi dia sejenis akan guna phone tu sampai barai dan tak bole guna nanti baru dia tukar,”
Alyah Dedah Sikap Tok Ram
Menariknya, Alyah mengakui sikap suaminya itu secara tidak langsung turut mempengaruhi dirinya dalam menguruskan perbelanjaan harian.
View this post on Instagram
Menurut penyanyi berkenaan, dia kini semakin memahami kepentingan menggunakan sesuatu barangan selagi masih elok daripada terburu-buru membeli yang baharu.
“Jadi saya dah jangkit perangai Tok Ram dah hehehe, tapi bila difikir-fikir balik, kurangkan pembaziran.”
Perkongsian tersebut memperlihatkan bagaimana sikap berjimat cermat Tok Ram memberikan pengaruh positif kepada Alyah, terutama dalam soal mengelakkan pembaziran.
Alyah Terikut-Ikut Sikap Tok Ram
Dalam masa sama, Alyah turut meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada dirinya dan suami.
View this post on Instagram
Walaupun mempunyai kemampuan untuk membeli barangan baharu, penyanyi itu melihat amalan berjimat cermat sebagai sesuatu yang wajar diteruskan.
“Kita pun bukan kaya raya tapi Allah SWT bagi senang sikit, syukur alhamdulillah,”
Perkongsian Alyah itu secara tidak langsung menjadi peringatan bahawa memiliki kemampuan kewangan tidak semestinya bermaksud seseorang perlu sentiasa membeli atau menukar barangan yang masih boleh digunakan.
Sikap Tok Ram yang lebih mengutamakan fungsi berbanding penampilan barangan turut memberikan gambaran tentang gaya hidup sederhana pasangan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Bila Masa Pula Saya Jual Tupperware?” - Sarimah Ibrahim Terhibur Baca Hantaran Instagram Puteri Balqis
The post Alyah Dedah Sikap Peribadi Tok Ram – “Kita Bukan Kaya Raya Tapi Allah Bagi Senang Sikit” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


